Tuesday, 3 September 2013

Salam Aidil Fitri (kita masih dalam bulan Syawal), semua  insyaallah akan diadakan PROGRAM SEMINAR RAWATAN SIHIR, SAKA, GANGGUAN MAKHLUK HALUS DAN GINBARAN DI TAWAU PADA 28 HB SEPTEMPER 2013 SERTA KURSUS UNTUK PERAWAT PADA 29HB SEPTEMPER 2013,
antara KANDUNGAN PROGRAM:

  • Perbezaan antara rawatan Islam dengan Rawatan yang berunsurkan syirik
  • Demo rawatan; semua yang hadir akan diterapi untuk mengetahui adakah kita juga menghidapi gangguan makhluk halus, saka, sihir atau ginbaran.
  • Membongkar Rahsia Alam: Kaedah rawatan alami  yakni menggunakan unsur herba dan tumbuhan menentang sihir dan gangguan makhluk halus
  • Dialog mengenai gangguan, sihir, saka dan ginbaran.             
  • Dan lain-lain

  • Anda dijemput datang dan menempah tempat dengan segera, tempat terhad. untuk maklumat lanjut sila hubungi: US AZHAR 013-2505014, EN. SHAMSUL 019-8237060, EN. FAIZAL 013-5556989

Friday, 24 February 2012

BENGKEL SMART SOLAT & PERAWATAN ISLAM 25HB FEB 2012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!,

Alhamdulillah kita akan mengadakan  Seminar Bengkel Perdana: Smart Solat & Perawatan Islam, Sihir, Gangguan dan Saka(gimbaran) di Beaufort. Sabah;  Ucapan terima kasih kepada sahabat-sahabat, tetamu dan saudara-saudara orang sabah yang memberi sambutan hangat.  Insyaallah kita akan adakan DI DEWAN PA'MUSA BEAUFORT, SABAH
SESIAPA YANG INGIN MENDAFTAR SILA HUBUNGI  019-3874409 HAJAH AIDA, 019-3174420, 0126094353 WAK RADIN,  0132505014 USTAZ ABD MANAP, US BUKHORI 0133661431

Tuesday, 22 November 2011

JURUS JANJI NABI NUH AS

Salam pembaca yang budiman,

KES 1:   Saya mendapat panggilan telefon dari seorang ustaz yang merupakan sahabat saya dari Tanjung Malim. Sahabat saya ni meminta saya untuk membantu satu pasangan yang berada di  Negeri Sembilan. "Saya kat Shah Alam, insyaAllah saya cuba usahakan.", kata saya ketika dalam perbualan telefon. Seorang bayi tujuh bulan  menangis dan merengek berhari-hari, TAK MAHU MENYUSU..berpunca daripada menghadiri satu sesi rawatan pada keluarganya. Setelah itu bayi pasangan tersebut menangis dan merengek tak henti-henti. Pasangan itu menelefon saya, sambil kedengaran tangisan bayi tersebut. Saya meminta mereka membaca ayat-ayat tertentu dan merenjis rumah sambil melaungkan azan. Tiba-tiba bayi tersebut berkelakuan pelik, dia bangun sambil meludah wajah ibunya. Bayangkan bagaimana mungkin bayi biasa berumur enam (6) bulan mampu bertindak demikian rupa. Melihat keadaan 'genting' begitu, ibu saudara bayi tersebut bangun untuk berwuduk, tapi bayi tersebut meludah pula k earah ibu saudaranya. Kemudian bayi tersebut menangis dan menjerit dengan lebih nyaring. Mereka menelefon saya dan menceritakan keadaan demikian. 'Melawan nampak,boleh tahan gangguan ni', hihihi... Biasanya kalau gangguan sebegini, buat camtu dah ok. Takpelah, ALLAHU AKBAR!!!

Saya minta didekatkan telefon pada telinga baby tu, saya nak kecek skit, doa nabi nuh as dan beberapa kalimat zikir digabungkan TERAPI NAFAS. Yang peliknya, pada mulanya kedengaran tangisannya makin kuat, tiba-tiba suaranya seolah-olah  hilang, tapi ada terdengar suara gharib (bicara jin yang tak difahami), habis dibaca bayi terus lemah dan berhenti nangis, baru KO ORANG INGAT BALIK JANJI APA KORANG DENGAN NABI NUH... hehe ALLAHU AKBAR!!!

Alhamdulillah, bayi tersebut sudah dapat menyusu. Tapi, tiba-tiba pulak... (bersambung daa...sori..) Wallahu a'lam.

Wednesday, 19 October 2011

RAHSIA ALAM PEMUSNAH SIHIR SAKA GIMBARAN

SALAM  pembaca  budiman,

Tok wan  dan ibu saya memberi petua dengan menggunakan KAEDAH RAHSIA ALAM KABIR untuk memusnahkan sihir, saka, gimbaran atau santet (sihir). Banyak sangat yang saya belajar dengan tok wan saya cara mengatasi masalah-masalah ini dengan menggunakan rahsia alam kabir ini. Menurut tok wan dan mak saya, ada banyak sangat rahsia  dari alam ini yang boleh memusnahkan sihir, tapi yang dia ketahui cuma 44 bahan dari alam ini mampu memusnahkan sihir, saka dan ganggguan.  Di sini saya hanya akan paparkan tujuh (7) bahan dulu:

1. Tanah; tanah pun ada banyak kategori; tanah bukit, tanah dalam sungai, tanah dalam laut, tanah yang tidak ada atau belum dilangkah oleh manusia (seperti tanah rimba hutan), tanah kubur (majoriti orang nak buat sihir guna tanah ini, jangan pulak hang pa pi ambik pula, banyak risiko dan kesan negatif), tanah humus (bunga tanah). tanah bawah jambatan dll. Dengan kaedah  tertentu, bahan-bahan ini boleh digunakan untuk rawatan saka, sihir mahupun untuk memusnahkan racun santau.

2.Air; air telaga, air telaga buta, air sungai, air laut,  air hujan terutama malam jumaat atau hari-hari kebesaran Islam, air terjun, air parit, air dari pohon tertentu, air salji atau ais, air panas, air paip pun boleh juga tapi setiap kategori air mempunyai kekuatan pemusnah yang berbeza. Yang paling 'best'nya adalah Air Zamzam.

3. Garam; garam kasar, garam halus, garam bukit (ini agak power dan sekarang banyak dijual di pasar raya dan elok diambil secubit sebelum makan), garam jantan;

4. Limau; limau bali baik untuk dimakan hehehe; limau sunkist, limau mandarin, limau kasturi, limau kapas atau limau nipis (yang paling banyak digunakan oleh para perawat), lemon (limau telur buaya; berwarna kuning dan berbentuk lonjong) Ada setengah pendapat mengatakan limau ini lebih baik daripada limau nipis  untuk digunakan untuk mandi dan diberi minum pada pesakit sihir atau pewaris saka/gimbaran tapi hargannya pulak mahal. Yang terbaik adalah limau purut kerana aura baunya sangat kuat dan tidak disukai oleh makhluk halus. Akan tetapi sahabat-sahabat semua jenis limau ini boleh dipakai untuk memusnahkan sihir. Kalau tak ada limau nipis atau purut, limau sunkist, kasturi, bali atau apa saja selagi namanya limau; boleh digunapakai dan telah terbukti berkesan, insyaAllah.

5. Lalang; tumbuhan yang banyak meliar di negara kita tapi mempunyai kelebihan yang sangat ampuh dalam memusnahkan sihir atau membunuh jin ifrit yang ingkar, insya-Allah terbukti berkesan. Bermula dari cara kita mencabutnya sampai kepada cara meminumnya ada teknik tertentu untuk melumpuhkan dan memusnahkan sihir dan saka.

6. Sirih; bermula dari sebelum memetiknya, memilih dan menggunakannya sambil merebus, menghancurkan daunnya untuk minum atau mandi, ada teknik yang perlu digunakan atau dicampurkan dengan bahan-bahan tertentu. Sirih yang terbaik adalah yang dipetik dari pokoknya. Kalau yang dibeli di pasar atau kedai itu ok juga tapi kurang power.

7. Lada; lada hitam yang biasa digunakan oleh perawat; lada kering ditakuti oleh hantu tinggi; lada sulah; lada putih; lada basah; lada kampung.. Biasanya sape-sape yang suka makan cili, orang itulah terasa pedasnya, heheheh... Orang yang ada gangguan atau saka, tidak suka pedas atau bau lada. Sebenarnya, siapa yang makan cili, dia (jin) lah yang rasa pedas hehehe!

8.-------------------------- sejenis ikan yang tidak disukai oleh makhluk halus. Elok dimakan  untuk memusnahkan sihir. Elok digoreng dalam kuali. Tengok orang ada saka dah bertambah berdebar-debar, seram bulu roma. Nak makan, lagi rasa semacam..Ikan apa tu? Soalan cepu mas, hehehe...

Nanti kita akan tambah lagi info ok insyaAllah...wallahualam

Tuesday, 18 October 2011

TANDA-TANDA PEWARIS SAKA DARI ARWAH TOK WAN

Salam semua saudara yang budiman,

Di sini saya nak berikan secara ringkas petua dari TOK WAN saya untuk mengetahui tanda-tanda orang yang mewarisi saka atau gimbaran. Saka atau gimbaran ini adalah berupa  jin yang diwarisi samada secara rela atau terpaksa dan secara sedar mahupun tidak.
 1. Diri terlalu emosional; samada baran, mudah baran kemarahan melampau, matanya mengeluarkan sinar yang luarbiasa; atau mudah sedih, pilu, dan sebak tanpa sebab sehingga kadang-kadang sampai mengalirkan air mata. Biasanya apabila ditanya mengapa bersedih atau rasa sebak, dia akan cakap tak tahu.
2. Kadang-kadang apabila mendengar ayat-ayat quran rasa seram, takut dan emosi terganggu. Lari dari mendengar atau nak tutup player yang memperdengar ayat Al Quran.
3. Apabila mengambil wuduk timbul was-was, apabila dah selesai berwuduk mulalah terasa nak terkentut dan sekejap-kejap terkentut, tengah solat terkentut.hehehe banyak hal juga saka ni..
4. Bila mula masuk waktu solat, datang perasaan mengantuk yang tidak dapat ditahan-tahan atau malas yang luarbiasa, terutamanya waktu solat maghrib dan subuh.
5. Gemar kepada pemakanan kepada daging; ayam, lembu dll, kurang kepada sayur.
6. Rasa gentaran atau vibration  merayap pada anggota badan tertentu..walaupun umur kita muda kadang-kadang tangan kita menggeletar.
7. Banyak gangguan  atau kesakitan kepada bahagian kepala,  dada dan belakang.
8. Tidak dapat fokus membuat sesuatu perkara; pelajaran atau kerjaya.
9. Mimpi-mimpi melihat bayi, bermain dengan bayi, mendukung bayi dan seterusnya menyusu.
10. Rumahtangga sentiasa 'panas' dan berantakan.
11. Orang yang ada saka biasanya sensitif dalam keadaan yang tertentu seperti tempat yang 'keras' dan orang lain yang jugak mempunyai saka, sama ada orang tersebut sedar atau tidak. Contohnya dapat merasai dan melihat kelibat sepintas lalu, bulu roma meremang dan sebagainya.
12. Mudah bersangka buruk terhadap orang lain, mudah bermusuhan dan rasa benci dengan orang keliling tanpa sebab.
13. Sayang terhadap orang yang disayangi bila berjauhan, tapi bila berdekatan, akan timbul pula rasa benci.
Ini merupakan sebahagian sahaja, sebenarnya banyak lagi. Almaklumlah puak-puak saka atau gimbaran ini banyak kerenahnya dan suka buat hal. Salam ukhwah!

BENGKEL PERDANA PERAWATAN ISLAM: SIHIR, GANGGUAN DAN SAKA (GIMBARAN) DI LABUAN SABAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!,

Alhamdulillah kita telah berjaya membuat  Seminar Bengkel Perdana Perawatan Islam, Sihir, Gangguan dan Saka(gimbaran) di Labuan Sabah; pada sebelum ramadhan baru-baru ini di Dewan JKR, Labuan Sabah dan yang terbaru di Dewan Sekolah Cina Chi Wen di Labuan Sabah pada 1 hb Oktober 2011 kehadiran keseluruhannya adalah lebih kurang 160 orang. Ucapan terima kasih kepada sahabat-sahabat, tetamu dan saudara-saudara orang sabah yang memberi sambutan hangat.  Insyaallah kita akan adakan KURSUS 1 HARI  SMART SOLAT DAN ASAS PERAWAT ISLAM DI HOTEL ZARA, LABUAN PADA 30 OKTOBER 2011. 
SESIAPA YANG INGIN MENDAFTAR SILA HUBUNGI  019-3874409 HAJAH AIDA, 019-3174420, 0126094353 WAK RADIN,  0132505014 USTAZ ABD MANAP.