Wednesday 19 October 2011

RAHSIA ALAM PEMUSNAH SIHIR SAKA GIMBARAN

SALAM  pembaca  budiman,

Tok wan  dan ibu saya memberi petua dengan menggunakan KAEDAH RAHSIA ALAM KABIR untuk memusnahkan sihir, saka, gimbaran atau santet (sihir). Banyak sangat yang saya belajar dengan tok wan saya cara mengatasi masalah-masalah ini dengan menggunakan rahsia alam kabir ini. Menurut tok wan dan mak saya, ada banyak sangat rahsia  dari alam ini yang boleh memusnahkan sihir, tapi yang dia ketahui cuma 44 bahan dari alam ini mampu memusnahkan sihir, saka dan ganggguan.  Di sini saya hanya akan paparkan tujuh (7) bahan dulu:

1. Tanah; tanah pun ada banyak kategori; tanah bukit, tanah dalam sungai, tanah dalam laut, tanah yang tidak ada atau belum dilangkah oleh manusia (seperti tanah rimba hutan), tanah kubur (majoriti orang nak buat sihir guna tanah ini, jangan pulak hang pa pi ambik pula, banyak risiko dan kesan negatif), tanah humus (bunga tanah). tanah bawah jambatan dll. Dengan kaedah  tertentu, bahan-bahan ini boleh digunakan untuk rawatan saka, sihir mahupun untuk memusnahkan racun santau.

2.Air; air telaga, air telaga buta, air sungai, air laut,  air hujan terutama malam jumaat atau hari-hari kebesaran Islam, air terjun, air parit, air dari pohon tertentu, air salji atau ais, air panas, air paip pun boleh juga tapi setiap kategori air mempunyai kekuatan pemusnah yang berbeza. Yang paling 'best'nya adalah Air Zamzam.

3. Garam; garam kasar, garam halus, garam bukit (ini agak power dan sekarang banyak dijual di pasar raya dan elok diambil secubit sebelum makan), garam jantan;

4. Limau; limau bali baik untuk dimakan hehehe; limau sunkist, limau mandarin, limau kasturi, limau kapas atau limau nipis (yang paling banyak digunakan oleh para perawat), lemon (limau telur buaya; berwarna kuning dan berbentuk lonjong) Ada setengah pendapat mengatakan limau ini lebih baik daripada limau nipis  untuk digunakan untuk mandi dan diberi minum pada pesakit sihir atau pewaris saka/gimbaran tapi hargannya pulak mahal. Yang terbaik adalah limau purut kerana aura baunya sangat kuat dan tidak disukai oleh makhluk halus. Akan tetapi sahabat-sahabat semua jenis limau ini boleh dipakai untuk memusnahkan sihir. Kalau tak ada limau nipis atau purut, limau sunkist, kasturi, bali atau apa saja selagi namanya limau; boleh digunapakai dan telah terbukti berkesan, insyaAllah.

5. Lalang; tumbuhan yang banyak meliar di negara kita tapi mempunyai kelebihan yang sangat ampuh dalam memusnahkan sihir atau membunuh jin ifrit yang ingkar, insya-Allah terbukti berkesan. Bermula dari cara kita mencabutnya sampai kepada cara meminumnya ada teknik tertentu untuk melumpuhkan dan memusnahkan sihir dan saka.

6. Sirih; bermula dari sebelum memetiknya, memilih dan menggunakannya sambil merebus, menghancurkan daunnya untuk minum atau mandi, ada teknik yang perlu digunakan atau dicampurkan dengan bahan-bahan tertentu. Sirih yang terbaik adalah yang dipetik dari pokoknya. Kalau yang dibeli di pasar atau kedai itu ok juga tapi kurang power.

7. Lada; lada hitam yang biasa digunakan oleh perawat; lada kering ditakuti oleh hantu tinggi; lada sulah; lada putih; lada basah; lada kampung.. Biasanya sape-sape yang suka makan cili, orang itulah terasa pedasnya, heheheh... Orang yang ada gangguan atau saka, tidak suka pedas atau bau lada. Sebenarnya, siapa yang makan cili, dia (jin) lah yang rasa pedas hehehe!

8.-------------------------- sejenis ikan yang tidak disukai oleh makhluk halus. Elok dimakan  untuk memusnahkan sihir. Elok digoreng dalam kuali. Tengok orang ada saka dah bertambah berdebar-debar, seram bulu roma. Nak makan, lagi rasa semacam..Ikan apa tu? Soalan cepu mas, hehehe...

Nanti kita akan tambah lagi info ok insyaAllah...wallahualam

1 comment:

  1. Ikan puyu la bro. Sy pun bela. Buat alarm system. Kalo asyik melompat dlm akuarium adala tu si jin toncet cuba masuk rumah. Pernah 3 hari berturut2 ikan gua mati sbb serangan yg agak dahsyat.

    ReplyDelete